PELAKON Luna Maya menjelaskan dia jarang melepaskan kemarahan terhadap pekerja sebaliknya kerap memberikan mereka hadiah sekiranya menunjukkan hasil kerja memuaskan. Luna, 41, berkata, dia sering berkongsi rezeki dengan kaki tangannya kerana menganggap ia salah satu cara bagi menghargai usaha keras pekerja. "Ada ganjaran menanti jika mereka bekerja dengan baik. Syarikat turut memberi anugerah kepada pekerja cemerlang setiap bulan. "Akhir tahun pula akan ada bonus malah hari jadi pekerja juga akan diraikan dengan makan malam," katanya seperti dilaporkan Detikhot. Luna hanya mahu memberikan yang terbaik untuk syarikat perusahaannya. Luna menegaskan tindakan dia memarahi pekerjanya adalah wajar jika mereka melakukan kesalahan. Kata pelakon filem Sabrina itu lagi, sebagai ketua dia ingin melakukan yang terbaik dan tidak mahu dilabel sebagai pemimpin yang gagal. "Bekerja di mana-mana syarikat sekiranya gagal melakukan terbaik pasti akan ditegur pihak atasan. Saya sebagai ketua hanya mahukan terbaik. "Kalau saya diam dan hasil kerjaya syarikat tidak memuaskan bermakna saya bukan pemimpin yang baik. ARTIKEL BERKAITAN: Video mengamuk dengan pekerja tersebar, rakan tampil pertahan Luna Maya ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya, Maxime seronok tayang bahagia... Pendakwah terkenal puji hubungan ikhlas, nasihat segera nikah "Kalau jualan menurun dan teknik pemasaran gagal, sudah tentu saya tidak dapat membayar gaji mereka," ujarnya. Sebelum ini, tular video memaparkan Luna sedang memarahi pekerjanya dalam sebuah bilik mesyuarat. Aktres berkenaan dilihat mengetuk meja dihadapan pekerjanya yang dilaporkan daripada bahagian pemasaran. Luna kelihatan sangat marah dan kemudiannya meninggalkan ruang bilik mesyuarat tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!