suria

Kecoh isu langgar peraturan kempen, konsert Ahmad Dhani kena serbu pihak berkuasa

Ahmad Dhani kesal ada yang cuba menjatuhkan namanya.

KONSERT kumpulan Dewa 19 yang berlangsung di Surabaya pada Sabtu lalu bertukar kecoh apabila mendapat campur tangan Badan Pengawasan Pilihan Raya Indonesia.

Dipercayai kejadian itu berlaku apabila wakil pihak badan berkenaan muncul meminta konsert tersebut dibatalkan.

Ini kerana timbul salah faham yang mendakwan kononnya tujuan konsert tersebut diadakan adalah sebagai program kempen pilihan raya di mana vokalis Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani juga merupakan calon tahun ini.

ahmad dhani 2

Nama Ahmad Dhani tercemar kerana dituduh langgar peraturan kempen.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak berkenaan memberitahu pada tarikh tersebut ditetapkan sebagai hari berkempen bagi seorang lagi calon lain dan bukannya Ahmad Dhani.

Justeru kemunculan penyanyi itu di atas pentas telah menimbulkan kekeliruan kerana dia dianggap sebagai berkempen.

Susulan kejadian itu nama Ahmad Dhani mula menjadi bualan ramai kerana dikatakan telah melanggar peraturan berkempen sempena pilihan raya negara Indonesia tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani sudah hilang sabar, penganjur putar lagu ciptaannya tanpa izin berdepan tindakan

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dhani kongsi foto cium Mulan Jamela, netizen dakwa ‘wayang’ tutup masalah rumah tangga

Menjelaskan perkara tersebut, Ahmad Dhani tampil memberi kenyataan memberitahu konsert tersebut tidak dibatalkan seperti yang diperkatakan banyak pihak.

Dalam masa sama, dia juga menegaskan bahawa kemunculannya pada acara tersebut adalah sebagai penghibur dan bukan untuk berkempen.

ahmad dhani 3

Ahmad Dhani sekali lagi bertanding dalam pilihan raya negara Indonesia.

"Berita konsert Ahmad Dhani dibatalkan adalah tidak benar. Fakta yang sebenar adalah itu konsert Dewa 19. Kami tidak dihalau oleh pihak penguasa.

"Penganjur konsert juga bukan saya. Jadi saya tidak melakukan sebarang kesalahan. Dewa 19 dibayar secara profesional, bukan untuk berkempen.

"Memang konsert dihentikan seketika untuk waktu Maghrib dan kemudian ia disambung semula," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain