NAMA penyanyi Drake menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna laman sosial X selepas tular video seorang lelaki menunjukkan kemaluan yang mirip wajahnya. Penyebaran video aksi tidak senonoh itu mengundang pelbagai respon dalam kalangan netizen sehingga ada yang menghentam Drake gara-gara melakukan perbuatan tidak senonoh. Dalam video berkenaan kelihatan seorang lelaki yang menyerupai Drake sedang berbaring atas katil sambil mengusap alat kemaluannya. Video lelaki yang menyerupai Drake tersebar di laman X. Malah lelaki tersebut juga merakam aksi berkenaan menerusi pantulan sebuah cermin yang berada di depannya. Tidak melenting susulan penyebaran video berkenaan, penyanyi berusia 38 tahun itu hanya meninggalkan emoji berbentuk ketawa sebagai respon isu berkenaan. Reaksi itu dikongsi oleh selebriti media sosial iaitu Adin Ross yang menghubungi Drake selepas tular video berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Tampil sedondon di parti pra-Grammy, cinta Kim Kardashian dan bekas kekasih kembali bertaut selepas 14 tahun ARTIKEL BERKAITAN: http://Killer Mike ditahan lepas menang 3 Grammy, tangan digari ketika acara siaran langsung "Awak dikurniakan suara yang hebat dan persembahan yang baik. Sangat bersyukur menjadi seperti kamu. “Awak juga adalah nombor satu dan dikurniakan 'senjata' besar," kata Ross dan pesanan suara yang dihantar kepada Drake. Menerusi satu sesi siaran langsung di laman sosial miliknya, Ross turut berkongsi semula pesanan yang dihantar oleh Drake dengan emoji berbentuk ketawa. Secara berseloroh Drake juga memberitahu dia mahu menjadikan pesanan suara yang dihantar oleh Ross itu sebagai lirik lagunya nanti. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!