suria

Ayu Ting Ting pilih tentera pangkat kolonel sebagai bakal suami, dilaporkan sudah bertunang

Gambar Ayu bertunang tular di media sosial.

PENYANYI Ayu Ting Ting dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan bersama seorang anggota tentera Indonesia berpangkat Kolonel.

Khabar tersebut tular apabila gambar Ayu dikatakan memakai baju pengantin berwarna putih sambil berdiri bersebelahan dengan lelaki tersebut.

Ayu ketika ditemui media Indonesia berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

Ayu 1

Ayu hanya meminta doa yang baik-baik sahaja.

"Doakan sahaja yang terbaik," kata Ayu pada Rabu.

Ayu juga tidak mahu mengulas panjang lalu terus menaiki keretanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Boy William berhabis RM300,000 buat hidung mancung, paling penting Ayu Ting Ting suka hasilnya

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jadi bahan ketawa pakai bedak tutup ketiak hitam, ambil kesempatan promosi produk pemutih

Sebelum ini, Ayu pernah mendirikan rumah tangga bersama Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013 dan bercerai pada 1 April 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Bilqis Khumairah Razak pada 28 Disember 2013.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain