suria

Dulu pernah ikut fahaman agnostik, sakit kanser bawa Vidi Aldiano ke pangkal jalan

Vidi pernah anggap agama bukan satu keperluan.

PENYANYI Vidi Aldiano mengakui pernah hilang kepercayaan terhadap agama meskipun dibesarkan sebagai seorang Muslim.

Kata Vidi, 34, ketika menyambung pengajian di England sekitar usia awal 20-an dia banyak mempelajari tentang sejarah agama lain.

Justeru dia secara terbuka menggelarkan dirinya sebagai seorang agnostik iaitu hilang kepercayaan terhadap Tuhan.

vidi 2

Vidi kini lebih mendekati agama.

"Saya belajar tentang sejarah pelbagai agama terutamanya agam Islam. Tapi merasa diri semakin jauh. Saya rasakan agama sebagai keperluan logik dan bukan untuk hati.

"Saya tidak pernah mendedahkan perkara ini, saya dulu seorang agnostik," katanya.

Vidi berkongsi perkara tersebut dalam satu tem bual bersama pendakwah terkenal Indonesia iaitu Habib Ja'far di saluran Youtube milik Deddy Corbuzier.

ARTIKEL BERKAITAN: Sel kanser semakin merebak... Vidi Aldiano anggap kemoterapi seperti jalani rawatan di spa

ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik video ceramah tentang nafkah zahir dan batin, Oki Setiana Dewi dituduh sindir adik ipar

Bagaimanapun pandangan Vidi mengenai agama mula berubah selepas dia disahkan menghidap kanser ginjal pada Disember 2019.

Daripada situlah dia mula mendekati agama Islam dan patuh terhadap tuntutan mengerjakan solat lima waktu.

"Sejak disahkan menghidap kanser, saya tidak lagi merasakan solat itu sekadar satu kewajipan tetapi bagi saya ia adalah nikmat," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain