suria

Berani raba masukkan tangan dalam baju Yonghwa CNBLUE, netizen kecam aksi jijik peminat semasa konsert

Yonghwa diraba ketika konsert CNBLUE di Hong Kong.

KONSERT jelajah kumpulan CNBLUE yang berlangsung di Hong Kong pada Sabtu lalu mendapat perhatian ramai netizen di media sosial.

Ia selepas tular satu rakaman pendek menunjukkan vokalis kumpulan tersebut iaitu Yonghwa diraba ketika konsert tersebut sedang berlangsung.

Melalui hantaran itu, Yonghwa dilihat berjalan ke arah penonton dan berhenti di hadapan penghadang sambil menyanyikan sebuah lagu.

Yong Hwa 1

Yonghwa bagaimanapun tidak perasan akan perkara tersebut.

Setelah itu, terdapat individu mula memegang tubuh badan Yonghwa malah ada juga yang memasukkan tangan ke dalam bajunya.

Tindakan tersebut mendapat kecaman orang ramai dan menganggap ia sebagai satu kesalahan gangguan seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu besar pengorbanan Shakira untuk bekas kekasih, sanggup tangguh kerja kerana mahu fokus kepada Gerard

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pernah ikut fahaman agnostik, sakit kanser bawa Vidi Aldiano ke pangkal jalan

“Sangat menjijikkan. Kenapa buat seperti itu? Ia sangat menakutkan.

“Ini adalah satu gangguan seksual. Melampau betul,” kata mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain