suria

Bergurau ‘kehilangan’ Kate Middleton... Kim Kardashian kena kecam dituduh tak sensitif

Gurauan Kim mendapat kecaman kerana dikatakan tidak sensitif.

BINTANG realiti Kim Kardashian menerima kecaman apabila dikatakan sengaja menyebarkan khabar angin berhubung keberadaan Kate Middleton.

Menerusi perkongsian di Instagram, Kim, 44, dilihat memuat naik gambar memperagakan fesyen terbarunya.

Bagaimanapun, kapsyen yang ditulis oleh bekas isteri Kanye West itu mencuri perhatian netizen.

Untitled design (65)

Kim dikatakan tidak sensitif ketika menulis kapsyen tersebut.

"Dalam perjalanan untuk mencari Kate," katanya.

Kate yang dimaksudkan merujuk kepada Puteri Wales, Kate Middleton yang dikhabarkan 'hilang' selepas menjalani pembedahan abdominal.

Kim dipercayai menulis kapsyen tersebut secara gurauan memandangkan isu berkenaan sedang menjadi bualan hangat di Internet.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian edit kapsyen IG selepas dikecam minat seni bina, netizen kaitkan isteri baharu Kanye West

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil sedondon di parti pra-Grammy, cinta Kim Kardashian dan bekas kekasih kembali bertaut selepas 14 tahun

Dalam pada itu, netizen menyifatkan gurauan Kim itu sebagai tidak sensitif dan sengaja mencari perhatian.

"Begitulah selebriti yang kononnya benci khabar angin, tapi sebarkan khabar angin.

"Mengejek wanita lain yang sedang hadapi masalah kesihatan... langsung tidak sensitif.

"Seorang lagi perempuan terdesakkan perhatian," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain