PELAKON Han So Hee akhirnya memilih untuk meletakkan mod privasi akaun Instagram miliknya selepas membuat pengakuan mengenai hubungan cintanya dengan Ryu Jun Yeol. Ia dipercayai bagi mengelakkan dirinya daripada terus menerima pelbagai komen negatif daripada netizen berhubung pendedahan itu. Tidak hanya itu dia juga memadam akaun blog miliknya selepas pengakuan tersebut. Foto percutian So Hee dan Jun Yeol tersebar. Sementara itu, Jun Yeol pula dilihat pulang bersendirian dari percutiannya di Hawai yang dikatakan bersana So Hee. Dia muncul di lapangan terbang dengan mengenakan hoodie dan menutup sebahagian wajahnya. Dalam pada masa yang sama, foto pasangan berkenaan bercuti di Hawai sedang tular di Internet sekali gus mendapat kecaman netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee mengaku bercinta dengan Ryu Jun Yeol, nafi jadi punca kekasih tinggalkan Hyeri ARTIKEL BERKAITAN: Peminat risau Han So Hee semakin liar, dituduh ‘lalok’ di Minggu Fesyen Paris Sebelum ini, So Hee mengakui kini dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Jun Yeol. Katanya mereka bertemu dalam sebuah acara pameran fotografi tahun lalu namun mula rapat sebagai kekasih sekitar awal tahun ini. Pengakuan tersebut juga sekaligus menolak dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga yang menyebabkan hubungan Jun Yeol bersama bekas kekasih iaitu pelakon Hyeri putus. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!