suria

Adik perempuan Melly Goeslaw meninggal dunia

Adik Melly Goeslaw meninggal dunia pada malam Isnin.

ADIK perempuan penyanyi dan komposer Melly Goeslaw iaitu Shanty Yuliet Goeslaw meninggal dunia pada malam Isnin.

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh Melly atau Melliana Cessy Goeslaw, 50, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

"Selamat jalan adikku Shanty Yuliet Goeslaw (Uli Goeslaw) bahagialah di sana.

Melly memeluk Islam sejak bernikah dengan Anto.

Melly memeluk Islam sejak bernikah dengan Anto.

"Nona manis nona ambon, tidak perlu lagi susah-susah fikir semua masalah di dunia ini ya sayang.

"Insya-Allah kita bertemu lagi," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap tak layak terima anugerah khas GMWA2023, Melly Goeslow rai perbezaan pendapat

ARTIKEL BERKAITAN: Melly Goeslaw berhenti merokok selepas pembedahan bariatrik, berat badan turun 34 kilogram

Melly turut berkongsi foto memperlihatkan dia bersama suami, Anto Hoed sedang menangis ketika menatap wajah mendiang buat kali terakhir.

Untuk rekod, Melly merupakan anak kepada penyanyi Melky Goeslaw dan Ersi Sukaesih yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 2006.

Manakala adik lelaki Melly iaitu Thomas Goeslaw turut meninggal dunia akibat barah hati pada November 2017.

Meskipun berbeza agama, Melly dibesarkan sebagai penganut agama Kristian namun memilih memeluk Islam sebelum melangsungkan pernikahan dengan Anto pada 1995.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain