suria

Dituduh kaki judi, syarikat kasino sangkal Bruno Mars hutang RM237 juta

MGM mendedahkan Bruno tidak pernah berhutang dengan mereka.

SEJAK beberapa hari lalu kecoh penyanyi Bruno Mars didakwa berhutang sebanyak AS$50 juta atau RM237 juta dengan syarikat kasino iaitu MGM Resort di Las Vegas.

Bruno dilaporkan menanggung hutang tersebut akibat ketagihan berjudi yang akhirnya memakan diri sendiri.

Penyanyi lagu Versace On the Floor itu turut dilaporkan menjana pendapatan sebanyak AS$90 juta (RM427 juta) menerusi kontrak bersama MGM Resort.

Untitled design (76)

Bruno dilaporkan terpaksa memotong pendapatannya demi membayar hutang dengan MGM.

Namun sebahagian besar pendapatannya terpaksa dipotong bagi membayar hutangnya.

Susulan dakwaan tersebut, MGM Resort tampil mempertahankan Bruno dengan memberitahu penyanyi itu tidak pernah berhutang dengan pihak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bruno Mars ‘Sapu’ Anugerah Utama Grammy Ke-60

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Bruno Mars diteruskan!

Malah hubungan baik di antara mereka sangat baik apatah lagi Bruno mempunyai persembahan residen di Dolby Live Park MGM yang berjaya menarik pelancong dari seluruh dunia.

"Spekulasi Bruno kaki judi dan berhutang adalah palsu.

"Persembahan residennya di Dolby Live Park MGM cukup mengagumkan malah berjaya menarik pengunjung dari seluruh dunia ke Las Vegas," kata wakil MGM seperti dilaporkan BuzzFeed.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain