SEJAK beberapa hari lalu nama Jackie Chan menjadi bualan selepas ramai terkejut dengan penampilannya yang dilihat sudah dimamah usia dan tak bermaya. Komen itu membuatkan rakannya yang juga pelakon aksi Sammo Hung, 72, tampil mempertahankan Jackie yang berpendapat kritikan terhadap aktor tersohor itu sebagai biadab. Hung sebaliknya memberitahu setiap manusia tidak akan selama-lamanya kekal muda dan proses penuaan adalah perkara biasa. Antara lakonan Hung dan Jackie pada suatu ketika dahulu. Apa paling penting kata Hung, kesihatan paling utama dan bukannya mengenai penampilan seseorang yang sudah berusia. "Siapa yang tidak akan tua? Apa yang penting adalah kekal sihat apabila usia sudah lanjut. "Kenapa netizen bercakap buruk tentang Jackie? Mereka bercakap seolah-olah tidak akan tua!," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Jackie Chan Kini Bergelar 'Datuk' ARTIKEL BERKAITAN: Jackie Chan imbau kenangan kali pertama jejak kaki di Hollywood... pernah diperlakukan seperti monyet! Foto Jackie, 70, yang dilihat seperti 'atuk' tersebar di media sosial ketika dia menghadiri sebuah acara di Sichuan, China. Selain wajahnya kelihatan tua, rambut Jackie juga dilihat semakin nipis dan beruban. Jackie dilaporkan bakal tampil dalam filem Karate Kid 4 tidak lama lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!