PELAWAK dan pengacara Indonesia iaitu Sule mendedahkan dia pernah ditawarkan bertanding dalam pilihan raya negara itu menyandang kerusi ketua daerah. Malah Sule, 48, memberitahu ada pihak yang mahu menaja kos bagi mengadakan kempen sekiranya dia bersetuju untuk bertanding. Bagaimanapun Sule menolak tawaran tersebut kerana sedar dirinya bukanlah individu yang layak diangkat menjadi ketua dalam sesebuah komuniti. Sule lebih selesa fokus pada kerjaya seni. "Saya takut (jadi ketua daerah), Menjadi imam dalam rumah tangga pun saya pernah gagal dua kali. Bagaimana saya nak uruskan rakyat? "Saya sedar diri. Saya dicipta oleh Allah untuk menjadi seniman," katanya dalam temu bual bersama Raffi Ahmad. Fenomena golongan artis menjadi calon dalam pilihan raya di Indonesia bukanlah satu perkara asing kerana sudah ramai yang menerima tawaran sebegitu. ARTIKEL BERKAITAN: Sule pernah halang Rizky Febian kahwin muda, bimbang ikut langkah gagal dalam rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 18 tahun jadi teman wanita, Sule tak malu walau beza jarak usia... “Doakan untuk kami” Bahkan ada juga selebriti yang dilantik menjadi pegawai di pejabat kerajaan serta terlibat dalam bidang pengurusan. Tambah bapa kepada penyanyi Rizky Febian ini, dia bimbang sekiranya tanggungjawab yang digalas sebagai ketua juga akan dipersoalkan di akhirat kelak. "Bukan saya sombong, saya sedar diri. Satu diri ini tidak boleh menguruskan masyarakat. "Saya takut kalau membawa masalah kepada masyarakat ia akan dipersoalkan di akhirat," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!