KHABAR angin mengenai hubungan istimewa anggota Twice iaitu Chae Young dan Zion T akhirnya terjawab apabila pasangan itu disahkan bercinta. Menurut laporan Allkpop, mereka dikatakan telah menjalinkan hubungan selama enam bulan dan hanya dihidu sejak kebelakangan ini. Katanya, mereka berkenalan melalui seorang rakan sebelum mula berubah menjadi kekasih. Pasangan ini berkenalan melalui seorang rakan. Mereka juga dikatakan tidak merahsiakan hubungan dan dilihat kerap keluar bersama secara terbuka. Malah mereka pernah meluangkan masa bersama-sama di Hannam dan Yeonhui. ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee mengaku bercinta dengan Ryu Jun Yeol, nafi jadi punca kekasih tinggalkan Hyeri ARTIKEL BERKAITAN: Lapan tahun menyulam cinta, Park Shin Woo akhirnya bakal kahwin Malah pihak agensi Chae Young juga mengesahkan hubungan mereka dan tidak menghalang percintaan tersebut. "Mereka berdua sedang bercinta dengan perasaan positif antara satu sama lain dan juga saling menyokong," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!