suria

Rizky Billar jual kereta pertama, hasil disumbangkan ke tabung bantu Palestin

Rizky melepaskan kereta mewah pertama yang miliknya.

PELAKON Rizky Billar menjual kereta jenama mewah jenis BMW miliknya bagi membantu rakyat Palestin yang kini sedang berdepan situasi perang.

Kata Rizky, 29, meskipun kenderaan tersebut sangat bermakna dalam hidup, namun kesempatan berkongsi rezeki ini digunakan sebaik mungkin bagi membantu golongan memerlukan.

Bukan sahaja kereta tersebut merupakan kenderaan pertama yang dibeli malah ia juga menyimpan banyak kenangan dia bersama isterinya iaitu penyanyi Lesti Kejora.

rizky billar 2

Hasil jualan diberikan sepenuhnya untuk tabung bantu Palestin.

"Kerata ini amat bersejarah buat saya. Semoga ini menjadi amal jariah dan dapat memberi manfaat kepada rakyat Gaza.

"Isteri juga menyokong untuk saya jual. Banyak kenangan kereta ini. Dia (Lesti) adalah wanita terakhir yang saya bawa ketika kami masih bercinta," katanya dalam satu temu bual.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada ijazah tetap boleh berjaya, Rizky Billar anggap masuk universiti bukan keperluan

ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora tak cemburu suami lakon adegan mesra dengan wanita lain... “Biar masyarakat menilai”

Kereta tersebut berjaya dijual dengan harga RM105,000 dan wang tersebut diberikan kepada satu badan yang menguruskan bantuan Gaza.

"Berapa pun nilai jualan kereta itu, apa yang lebih penting adalah hati ikhlas. Sejak awal lagi saya sudah niat untuk derma kepada Palestin.

"Wang tersebut juga dipindahkan terus oleh pembeli kepada badan kebajikan yang bertanggungjawab. Ia akan diagihkan bagi kegunaan rakyat Palestin dalam masa terdekat," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain