PELAKON Tom Holland dan teman wanitanya iaitu Zendaya kini tinggal bersama walaupun belum ada perancangan untuk melangsungkan perkahwinan. Sumber terdekat pasangan itu mendedahkan Tom sudah berpindah masuk ke kediaman Zendaya sejak tahun lalu kerana enggan berjauhan. "Merekda berdua sangat sibuk sehingga merasakan idea tinggal bersama adalah terbaik buat masa ini. Tom Holland dan Zendaya menjalinkan hubungan sejak empat tahun lalu. "Pun begitu, Tom dan Zendaya belum terfikir mengakhiri percintaan mereka dengan perkahwinan," kata sumber tersebut. Dalam pada itu, sumber itu turut memberitahu Zendaya sangat mencintati Tom dan menyifatkan kehadiran pelakon asal United Kingdom itu sebagai hadiah. ARTIKEL BERKAITAN: Zendaya ‘unfollow’ teman lelaki di IG, Tom Holland pula kata masih bersama ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta semakin serius, Tom Holland dan Zendaya beli rumah bersama Malah dia akan tetap memilih Tom jika diberi pilihan berbanding perkara lain di dalam dunia ini. Tom dan Zendaya pernah berlakon bersama dalam filem Spider-Man: Homecoming pada 2016 dan mula menjalinkan hubungan pada 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!