suria

Baru sebulan bercinta, Nikita Mirzani dan pembantu calon presiden Indonesia putus - “Selamatkan diri kamu Rizky!”

Pasangan ini dilaporkan putus setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta.

HUBUNGAN cinta selama sebulan selebriti sensasi Nikita Mirzani dengan teman lelakinya iaitu Rizky Irmansyah dilaporkan sudah berakhir.

Ramai membuat spekulasi perpisahan mereka selepas Nikita dan Rizky sudah saling 'unfollow' akaun Instagram masing-masing sejak Ahad.

Bukan itu sahaja, Nikita juga sudah mengubah tetapan IG miliknya agar tidak dapat dikesan dalam carian.

Rizky yang juga merupakan pembantu peribadi calon presiden Indonesia iaitu Prabowo Subianto bagaimanapun masih lagi mengikuti akaun Instagram kenalan rapat pelakon kontroversi itu.

Untitled design (54)

Nikita dan Rizky saling 'unfollow' sejak Ahad.

Nikita, 38, juga masih belum memadam foto bersama Rizky dan merancakkan lagi spekulasi sama ada ia sekadar gimik atau pasangan itu sudah berpisah.

Ada pula mengharapkan pasangan itu benar-benar putus kerana tidak sesuai sebagai kekasih malah merasakan Rizky perlu diselamatkan daripada Nikita.

"Alhamdulillah Rizky selamat! Takutnya kalau nasib dia sama macam dengan Dipo.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ungkit video lama anak Nikita, didakwa tiada adab jilat makanan sebelum beri kepada pembantu

ARTIKEL BERKAIATN: Nikita Mirzani sanggup tahan sakit, nekad buang tatu nama anak

"Lari Rizky! Lari selamatkan diri kamu. Masih banyak lagi wanita lebih sesuai.

"Lelaki itu akhirnya sudah sedar sebelum terlambat. Habislah huru-hara, kalau mereka betul-betul putus," komen netizen.

Untuk rekod, Nikita dan Rizky berkenalan pada Oktober tahun lalu, namun mereka menjalinkan hubungan serius sejak Mac tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain