PENYANYI Korea Selatan BoA memberi bayangan bakal meninggalkan karier muziknya selepas 24 tahun menghiburkan peminat di seluruh dunia. BoA atau Kwon Bo Ah, 38, memberitahu dia mempertimbangkan keputusan bersara selepas kontrak bersama SM Entertainment tamat baru-baru ini. "Sekarang kontrak sudah tamat. Saya sudah boleh bersara, bukan?," katanya. BoA membuat perkongsian itu di Insta Story miliknya. BoA berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu, peminat menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan dibuat BoA memandangkan dia sudah mengharungi pelbagai rintangan dalam karier seni. "Saya masih ingat dia pernah beritahu dia tidak akan berhenti menyanyi. Mungkin dia ambil keputusan ini kerana sering diganggu. ARTIKEL BERKAITAN: Lizzo penat berat badan jadi bahan jenaka, beri bayangan undur diri sebagai penyanyi ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh buat pembedahan plastik, BoA dedah tabiat suka gigit bibir punca muka berubah "Saya harap BoA tetap kuat! Saya menyokong segala yang dia ingin lakukan. "Berehatlah BoA... Sudah terlalu lama awak dalam industri menghiburkan kami. Kembalilah bila kamu sudah bersedia," komen peminat. Untuk rekod, BoA memulakan kerjaya nyanyi sejak tahun 2000 ketika berusia 13 tahun menerusi album ID; Peace B. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!