suria

Melawat masjid di Uganda, Ivan Gunawan dah siap baju ala ‘Indiana Jones’ kerana takut digigit nyamuk

Ivan sediakan baju ala Indiana Jones kerana nyamuk.

PEREKA fesyen sensasi Ivan Gunawan memberitahu dia terpaksa menyediakan pakaian khas sepanjang percutian di Uganda kerana takut digigit nyamuk.

Ivan Gunawan Putra, 42, berkata dia memilih pakaian seperti karakter dalam filem Hollywood Indiana Jones bagi melindungi tubuhnya daripada digigit haiwan penghisap darah itu.

"Dalam fikiran saya, saya mahu pakai baju seperti Indiana Jones, dengan kasut boot... saya takut nyamuk dan macam-macam lagi,” katanya.

Untitled design (64)

Ivan akui tidak sabar untuk melawat masjid yang dibinanya di Uganda.

Dalam pada itu, Ivan memberitahu percutiannya ke Uganda bertujuan untuk melawat masjid yang dibinanya pada dua tahun lalu.

Ivan berharap agar lawatannya itu dapat membuka lebih banyak peluang untuk membina lebih banyak masjid bagi kegunaan penduduk beribadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ivan Gunawan bina masjid di Uganda, bantu umat Islam beribadah

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani tuduh Ivan Gunawan kaki bomoh, cuba hantar sihir agar dia bisu dan cacat

"Ya saya sudah membulatkan niat dan tekad. Memang ini tujuannya setelah masjid dibina, saya teringin ke sana untuk melihat.

"Tujuannya buat kebaikan untuk ramai orang. Siapa tahu nanti ada lagi rezeki buat masjid selanjutnya," ujarnya.

Untuk rekod, Ivan membangunkan masjid yang diberi nama Masjid Indonesia terletak di daerah Butanjwa Hoima, Uganda pada 16 April 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain