suria

Setahun berdiam diri isu buli, Kim Hieora bakal mulakan kerjaya di Hollywood

Kim Hieora akan kembali berlakon selepas lama mendiamkan diri kerana isu buli.

SELEPAS hampir setahun mendiamkan diri disebabkan skandal buli, pelakon Kim Hieora dilaporkan akan kembali mewarnai industri hiburan.

Menurut laporan media, Hieora dikatakan akan memulakan kerjayanya di Hollywood.

Malah sebelum ini, aktres berkenaan mendapat perhatian global dan menerima banyak tawaran disebabkan lakonan cemerlangnya dalam drama bersiri The Glory.

size NP 1 - 2024-04-17T141842.345

Kim Hieora terlibat dengan skandal pembulian sebelum ini.

Namun, semua aktivitinya telah dihentikan kerana kontroversi buli berkenaan.

Kini, agensi Hieora telah mengeluarkan kenyataan dan menjelaskan mereka sudah menyelesaikan isu mengenai skandal tersebut.

Terbaharu, Hieora memilih untuk meneruskan karier lakonannya di Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Hieora mengaku pernah sertai kumpulan buli di sekolah, peras ugut dan minta wang rakan perbuatan memalukan

ARTIKEL BERKAITAN: Cha Joo Young tak dedah payudara dalam ‘The Glory’, babak separuh bogel teknik CGI

"Ianya peluang yang sangat hebat untuk menceburi industri negara luar. Namun, sekarang ini kami memilih untuk berhati-hati dan mengambil sedikit masa sebelum merebut peluang tersebut," kata agensi.

Sebelum ini, tersebar gosip mendakwa semasa pelakon itu adalah sebahagian daripada kumpulan buli dikenali sebagai Big Sangji, yang terkenal dengan aktiviti seperti peras ugut, serangan dan penderaan lisan semasa berada di Sekolah Menengah Perempuan Sangji di Wonju, Wilayah Gangwon.

Bagaimanapun, aktres itu menganggap itu adalah proses kematangan dalam hidup dan akui perbuatan lampau itu sebagai perkara yang tidak baik dan perlu dijauhi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain