suria

Bright bukan gay, sahkan sedang bercinta dengan Nene

Bright dedah teman wanitanya.

PELAKON dan penyanyi popular Thailand Bright akhirnya mengesahkan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Pornnappan Pornpenpipat.

Bright atau Vachirawit Chiravee, 26, mengesahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungannya dengan Pornnappan atau Nene.

"Saya ingin menjelaskan beberapa perkara terutamanya buat peminat yang sentiasa mengambil berat dan ingin tahu tentang perkembangan terkini saya.

"Ya, benar kami sedang bercinta," katanya.

Bright 1

Bright sebelum ini dituduh mempunyai hubungan bersama Win.

Pengakuan Bright sekali gus menamatkan spekulasi mendakwa dia merupakan seorang homoseksual.

Gosip mengatakan dia menjalinkan hubungan songsang dengan pelakon Metawin Opas-iamkajorn atau Win, 25, susulan mereka sama-sama terlibat dalam drama berjudul 2gether.

2gether adalah sebuah drama bersiri mengangkat tema BL atau Boys Love.

Nene juga adalah salah seorang pelakon dalam drama bersiri tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: F4 Thailand: Boys Over Flowers lebih ‘fresh’, Bright dan Win buat wanita ‘cair’... Korang boleh tonton hanya di VIU

ARTIKEL BERKAITAN: Salam sebab terpaksa... Sharifah Rose bersentuhan pelakon Thailand enggan tunjuk reaksi biadab

Dalam pada itu, Bright memohon maaf jika berita itu mengundang kekecewaan dalam kalangan peminat setianya.

"Saya minta maaf jika berita ini mengejutkan anda semua.

"Kami tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa dan mendatangkan sebarang rasa tidak selesa dalam kalangan peminat," katanya.

Bright memberitahu dia mendedahkan perkara itu kerana mahu bersikap jujur selain menamatkan semua spekulasi tidak benar tentang dia dan Win.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain