suria

Peminat tak suka kekasih Selena Gomez, keluarga pula anggap Benny Blanco lelaki budiman

Hubungan Selena dan Benny mendapat restu keluarga.

HUBUNGAN cinta penyanyi Selena Gomez dan penerbit album Benny Blanco mendapat restu keluarga kerana menganggap mereka pasangan serasi.

Memetik laporan ET, sumber memberitahu hubungan Selena dan Benny memberi gambaran positif apabila pasangan itu dikatakan saling menghormati antara satu sama lain.

"Semua orang dapat melihat mereka mempunyai hubungan yang penuh dengan kasih sayang malah melihat Benny seorang lelaki budiman.

selena - 1

Hubungan Selena dan Benny sebelum ini mendapat tentangan peminat.

"Selena dan Benny sangat menghormati antara satu sama lain dan hubungan mereka berkembang dengan cara positif," katanya.

Malah sumber turut berkongsi pasangan itu dilihat saling melengkapi dan berusaha untuk sering berkomunikasi, jujur dan menyokong antara satu sama lain.

"Mereka berdua dilihat mempunyai masa depan yang cerah kerana ada usaha memperbaiki hubungan menjadi lebih baik," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak restu! Penerbit album Justin Bieber kini kekasih Selena Gomez

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez dijangkiti kutu daripada teman lelaki, anggap perkara romantik

Pada Disember tahun lalu, Selena mengesahkan dia dan Benny sedang menjalin hubungan cinta.

Penyanyi lagu Lose You To Love Me ini memuat naik foto berpelukan bersama Benny dan membalas komen seorang pengikut dengan memberitahu mereka sudah mula bercinta sejak enam bulan lalu.

Bagaimanapun hubungan mereka mendapat tentangan peminat yang berasa ragu dengan pilihan penyanyi berkenaan.

Ramai menentang Selena memilih Benny sebagai teman lelaki memandangkan penerbit muzik itu juga adalah teman kepada Justin Bieber iaitu bekas kekasih penyanyi tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan