suria

Tiada pengganti Jun So Min, Kang Hoon dipilih anggota interim Running Man

Kang Hoon (dua dari kiri) dipilih sebagai ahli sementara Running Man.

PELAKON Kang Hoon muncul sebagai peserta interim atau sementara program popular Running Man.

Berita penyertaan aktor itu selepas pihak produksi menyiarkan gambar berkumpulan bagi musim terbaharu rancangan berkenaan yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Pemilihan Kang Hoon dibuat selepas Jun So Min mengundurkan diri dan semua bersetuju untuk menggunakan sistem anggota sementara daripada mencari peserta tetap.

Kang Hoon tunjukkan karakter yang serasi bersama Kim Jong Kook sewaktu di dalam Running Man.

Kang Hoon pernah enam kali muncul dalam Running Man sebelum ini.

Kang Hoon sebelum ini pernah muncul dalam program tersebut sebanyak enam kali dan pemilihannya dilihat sebagai tepat kerana sudah terbiasa dengan konsep dan cara kerja Running Man.

Malah keserasian di antara anggota Running Man dan kru produksi membuatkan mereka berasa senang dengannya.

"Pemilihan Kang Hoon memang sangat tepat! Dia bukan sahaja sudah biasa dengan konsep rancangan ini tetapi semua anggota Running Man serasi dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan dituduh tiru NewJeans, Wonhee kantoi tolong padam komen negatif semasa Illit buat live

ARTIKEL BERKAITAN: Guna aplikasi dating cari kekasih, Zayn Malik dituduh penipu cuba perdaya wanita

"Malah reaksi peminat mengenai pemilihannya juga sangat baik dan kami tak sabar untuk menyiarkan episod pertama bersama Kang Hoon," kata wakil produksi.

Selain Kang Hoon, enam anggota tetap rancangan popular itu adalah Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, HaHa, Ji Suk Jin dan Yang Se Chan.

Musim terbaharu Running Mana bakal bersiaran bermula 26 Mei 2024 di saluran SBS.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain