suria

Menyanyi di majlis makan malam syarikat suami, pakaian Bunga Citra Lestari jadi perdebatan

Pakaian Bunga dikatakan tidak sesuai dengan majlis.

KEMUNCULAN penyanyi Bunga Citra Lestari di majlis makan malam syarikat suaminya menarik perhatian tetamu.

Bukan disebabkan teruja melihat kemunculan Bunga atau mesra disapa BLC tetapi ramai tergamam melihat penampilan seksi penyanyi itu.

Ramai berpendapat busana gaun panjang tanpa lengan berwarna hitam disarungkan penyanyi berusia 41 tahun itu tidak sesuai untuk sebuah acara korporat.

Copy of Untitled - 2024-05-17T144108.322

Pakaian bunga dikatakan cukup seksi.

Bunga dituduh tidak tahu etika selain sudah menjatuhkan air muka suaminya yang juga kaki tangan syarikat tersebut.

Malah Bunga turut dilihat sempat mempamerkan kemesraan apabila menghadiahkan ciuman di pipi suaminya, Tiko Aryawardhana.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari sudah berbincang dengan keluarga Ashraf sebelum buang nama Sinclair di IG

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari tak mahu anak, risiko besar mengandung usia 40-an

"Dia salah pakai bajukah?

"Maaf, tolonglah pakai baju yang sesuai, tengok tempat dulu.

"Mesti suami dia bangga tengok isteri dia pakai macam ini," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain