ANAK perempuan Tom Cruise dilaporkan menggugurkan nama keluarga aktor terkenal itu selepas menyambut ulang tahun ke-18 pada April lalu. Hello! melaporkan Suri Cruise kini menggunakan nama baharu iaitu Suri Noelle di dalam buku program produksi muzikal sekolahnya. Nama Noelle itu juga diambil bersempena nama tengah ibunya yang juga pelakon Katie Holmes. Suri kini dikenali sebagai Suri Noelle. Suri didakwa mengambil keputusan itu kerana tidak mahu lagi ada kaitan dengan Tom, 61, memandangkan sudah lebih 10 tahun mereka tidak bertemu. Gadis berkenaan sudah lama memendam rasa kecewa apabila diabaikan dan merasakan menukar namanya sebagai keputusan tepat. Sebelum ini, Tom didakwa gagal muncul pada sambutan hari jadi Suri yang ke-18 kerana memilih menghadiri pesta ulang tahun penyanyi Victoria Beckham yang diadakan di London. Sumber terdekat pelakon filem Mission Impossible itu memberitahu, Tom kesal tak dapat berada di samping Suri pada hari penting tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah bersara, Tom Cruise akan berlakon filem aksi sampai umur 80 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise sudah ada kekasih baharu... kini rapat dengan anak ahli politik Rusia "Tom berasa bersalah kerana terlepas banyak perkara tetapi menegaskan yang dia tidak sepenuhnya menyingkirkan Suri dari hidupnya," katanya. Untuk rekod, Suri merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Tom dan Katie pada November 2006. Bagaimanapun perkahwinan itu hanya bertahan selama enam tahun selepas Katie memfailkan penceraian pada 2012. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!