suria

Netizen tak senang tengok Seungri datang Malaysia buat show di majlis VIP, masih marah isu skandal ‘Burning Sun’

Seungri tenang jalani hidup baharu di Kuala Lumpur.

NETIZEN Malaysia meluahkan rasa kurang senang melihat bekas anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri bebas membuat persembahan di Malaysia.

Ia selepas penyiaran dokumentari bertajuk Burning Sun pada 19 Mei lalu mendedahkan kebenaran sikap sebenar penyanyi itu selepas terlibat dengan skandal di kelab malam.

Seungri di dalam dokumentari berkenaan dipercayai bertindak kasar terhadap wanita selain didakwa menjadi dalang segala kegiatan tidak bermoral.

d355

Seungri seronok hiburkan penonton di Malaysia.

Menerusi video yang tular, Seungri dilihat membuat persembahan sempena ulang tahun kelahiran seorang usahawan berstatus Tan Sri di sebuah acara tertutup.

Video berdurasi seminit itu memaparkan Seungri menyanyikan lagu Bang Bang Bang yang pernah dipopularkan oleh bekas kumpulannya.

Dia yang memakai suit berwarna kelabu dilihat cukup mesra melayani tetamu yang hadir di acara itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan meminta orang ramai memboikot penyanyi berkenaan susulan perbuatan kejamnya terhadap wanita sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi kenyataan! Wanita dan anak terserempak Seungri Big Bang di Pavilion KL, siap ajak ambil gambar bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Jasa Goo Hara dikenang netizen, rupanya mendiang individu penting bongkar skandal ‘Burning Sun’

"Risau dia buat pernigaan Burning Sun dekat sini, takut dia jadi bapa ayam untuk orang kaya dekat Malaysia pula.

"Dia ada perniagaan di Malaysia, risau guna untuk cover niat jahat dia.

"Kita tak perlukan dia di sini, tolong halau dia balik ke negara dia," antara komen netizen.

seg1

Seungri sudah jalani hukuman penjara selama 18 bulan.

Untuk rekod, skandal Burning Sun dibongkar pada 2021 melibatkan penyanyi Seungri, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon daripada FT Island.

Mereka dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan gangguan seksual dan rogol pada tahun 2021.

Bagaimanapun mereka kini telah dibebaskan selepas menjalani beberapa tahun hukuman penjara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain