suria

Kes pukul bekas kekasih, peguam Cassie anggap permohonan maaf P. Diddy terdesak dan tidak ikhlas

Permohonan maaf terhadap Cassie dianggap tidak jujur.

PERMOHONAN maaf daripada P. Diddy seolah tiada makna buat bekas kekasihnya iaitu Cassie Ventura kerana penyanyi berkenaan disifatkan hanya mahu melepaskan diri sendiri.

Memetik laporan Daily UK, peguam yang mewakili Cassie iaitu Meredith Firetog memberitahu dalam satu kenyataan bahawa tidak ada mana-mana individu yang boleh mempercayai kata-kata penyanyi rap tersebut.

"Kenyataan terbaharu Diddy lebih kepada dirinya sendiri dan tidak memikirkan individu yang telah dia sakiti.

2702542

Video Diddy memukul Cassie mula tersebar.

"Tidak ada sesiapa yang akan terpengaruh dengan kata-katanya yang tidak jujur," katanya.

Sebelum ini, nama Diddy kembali menjadi bualan selepas sebuah video lama memperlihatkan penyanyi itu memukul Cassie mula tersebar.

Rakaman video yang diambil sekitar tahun 2016 itu membuktikan dakwaan Cassie yang mengatakan dirinya menjadi mangsa keganasan adalah benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Video P. Diddy bertuala 'kerjakan' kekasih di hotel tersebar, bukti pernah lakukan keganasan

ARTIKEL BERKAITAN: Dipaksa lakukan seks dengan ramai lelaki, penyanyi Cassie saman P. Diddy

Rakaman tersebut memaparkan Diddy mencengkam, menolat, menyeret serta menendang Cassie di sebuah hotel di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pada Ahad, Diddy memuat naik video permohonan maaf dan mengakui perbuatan yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan.

"Sangat sukar untuk saya merenung masa paling gelap dalam hidup saya. Saya mencapai titik terendah dalam hidup tetapi ia bukan alasan untuk saya.

"Kelakuan saya menerusi video itu tidak boleh dimaafkan dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan tersebut," ujarnya.

diddy1 - 1

Diddy mohon maaf atas tindakan dia memukul Cassie.

Kes antara mereka sebelum ini menjadi bualan apabila Cassie mendedahkan perbuatan zalim Diddy terhadap dirinya termasuk dipaksa melayan nafsu ramai lelaki.

Kedua-duanya bagaimanapun bersetuju menyelesaikan secara tertutup tanpa melibatkan perbicaraan mahkamah.

Cassie juga merupakan seorang penyanyi yang pernah bernaung di bawah syarikat pengurusan milik Diddy ketika dia berusia 19 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain