suria

Impian Daud Kim akhirnya tercapai, tunjuk bukti sudah bina masjid di Korea Selatan

Daud Kim berjaya bina masjid di Korea Selatan.

YOUTUBER asal Korea Selatan iaitu Daud Kim meluahkan rasa syukur akhirnya impian untuk membina masjid tercapai.

Kata personaliti media sosial itu, hajatnya itu tidak akan berjaya dicapai tanpa bantuan sumbangan daripada orang ramai.

"Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya! Dengan bantuan anda semua, saya berjaya membina rumah Allah SWT (masjid).

"Saya juga tahu ramai yang mengambil berat, tetapi saya tidak pernah berputus asa denngan impian saya untuk membina masjid," katanya.

size NP 1 - 2024-05-20T105557.280

Daud turut membantu dalam proses menyiapkan masjid berkenaan.

Daud berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video di Instagram.

Sebelum ini, hasrat Daud membina sebuah masjid di daerah Incheon terpaksa ditangguhkan selepas mendapat banyak tentangan daripada pelbagai pihak.

Ini selepas ada pihak mempertikaikan kaedah pungutan dana bagi tujuan itu yang disalurkan terus ke akaun peribadinya.

Berhubungan isu kutipan dana menerusi akaun peribadi, Daud mengakui terlepas pandang dan meminta orang ramai berhenti menghulurkan sumbangan buat sementara waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: Daud Kim minta henti hulur sumbangan bina masjid ke akaun peribadi, tiada niat perdaya orang ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Daud Kim minta sumbangan bina masjid, Farah Lee luah rasa curiga... Korea Selatan haram akaun peribadi kutip derma

Malah, dia berjanji akan bersikap lebih telus terutamanya melibatkan sumbangan orang ramai dalam pembinaan masjid berkenaan.

Daud sebelum ini berkongsi kegembiraan apabila dia berjaya membeli sebidang tanah di Incheon dan mahu menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak pembinaan masjid.

Bagi merealisasikan impian itu, Daud melancarkan dana yang boleh disalurkan terus ke akaun peribadi miliknya.

Bagaimanapun isu mula timbul apabila ada yang mendakwa dia cuba menipu orang ramai kerana undang-undang Korea Selatan melarang mana-mana pihak memungut sumbangan menerusi akaun peribadi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain