NAMA penyanyi P. Diddy kembali menjadi bualan selepas video lama memperlihatkan dia memukul bekas kekasihnya iaitu Cassie Ventura mula tersebar. Rakaman video yang diambil sekitar tahun 2016 itu membuktikan dakwaan Ventura yang mengatakan dirinya menjadi mangsa keganasan adalah benar. Menerusi video berkenaan, Ventura yang kini berusia 28 tahun dilihat berjalan membawa beg pakaian keluar dari bilik hotel di Los Angeles, Amerika Syarikat. Diddy melakukan keganasan terhadap Ventura. Sedang dia berjalan menuju ke lif, Diddy pula berlari dengan dengan hanya memakai tuala dan berstokin menuju ke Ventura. Diddy kemudian menarik baju Ventura dan menolaknya ke lantai. Tidak cukup dengan itu, Diddy juga dilihat menendang Ventura sebelum mengheret penyanyi itu untuk masuk kembali ke bilik hotel mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Dipaksa lakukan seks dengan ramai lelaki, penyanyi Cassie saman P. Diddy ARTIKEL BERKAITAN: Kes saman selesai cara baik tapi bersyarat... P. Diddy siap doakan Cassie dan keluarga Kes antara mereka sebelum ini menjadi bualan apabila Ventura mendedahkan perbuatan zalim Diddy terhadap dirinya termasuk dipaksa melayan nafsu ramai lelaki. Kedua-duanya bagaimanapun bersetuju menyelesaikan secara tertutup tanpa melibatkan perbicaraan mahkamah. Ventura juga merupakan seorang penyanyi yang pernah bernaung di bawah syarikat pengurusan milik Diddy ketika dia berusia 19 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!