suria

Brisia Jodie anggap pintu rezeki sudah tertutup, 3 tahun tak dapat undangan nyanyian

Jodie sudah lama tidak menerima undangan menyanyi dalam mana-mana festival.

PENYANYI Brisia Jodie meluahkan rasa hairan apabila namanya tidak lagi tersenarai dalam mana-mana acara festival muzik di Indonesia sejak tigak tahun lalu.

Kegusaran tersebut akhirnya terjawab apabila dia mendapat tahu ada pihak yang kurang senang dengan dirinya dan menghalang penganjur acara menyenaraikan namanya.

"Nama saya selalunya akan tersenarai dalam mana-mana festival muzik, namun sejak tiga tahun lalu saya hanya menerima satu undangan setahun.

brisia jodie 2

Ada individu berpengaruh cuba sekat nama Jodie.

"Saya rasa pelik dan mula menyiasat apa punca sebenar kerana rakan-rakan yang lain masih aktif menyanyi seperti biasa.

"Rupa-rupanya ada orang yang tidak suka dengan saya, dia juga seorang yang berpengaruh. Pintu rezeki saya seolah-olah ditutup. Dia kata saya tidak boleh tampil dalam festival tertentu," katanya.

Jodie berkongsi kekecewaan itu dalam satu temu bual bersama media.

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis dedah anak alami masalah speech delay, sedih dibanding-bandingkan di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi di majlis makan malam syarikat suami, pakaian Bunga Citra Lestari jadi perdebatan

Dia juga tidak mahu berdiam dan berharap dapat bersemuka dengan individu berkenaan untuk sekali gus mendapat jawapan sebenar punca namanya tidak disenaraikan.

"Saya mahu bercakap dengan individu berkenaan dan bertanya apa kesalahan yang telah saya lakukan. Saya harap dia boleh cakap secara bersemuka dan bukan di belakang saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain