suria

Ria Ricis dedah anak alami masalah speech delay, sedih dibanding-bandingkan di sekolah

Ria sedih melihat anaknya dibandingkan dengan pelajar lain.

SELEPAS isu penceraian, pelakon Ria Ricis sekali lagi diuji apabila anaknya iaitu Moana dilaporkan mengalami masalah lambat bertutur (speech delay).

Menerusi temu bual di FYP Trans7, pengacara Irfan Hakim bertanyakan keadaan Moana selepas penceraian pasangan selebriti itu namun Ria akhirnya memberitahu anaknya masih belum fasih untuk bertutur.

"Moana masih belum banyak bercakap. Dia sebenarnya agak speech delay," katanya.

ria - 1

Ria dedah Moana mengalami masalah lambat bertutur.

Dalam pada itu, Ria turut meluahkan rasa sedih melihat keadaannya Moana yang sering dibandingkan pelajar-pelajar lain di sekolah.

"Cuma apa yang membuatkan saya sedih, apabila hantar anak ke sekolah ramai yang membandingkan Moana dengan anak-anak lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis mahu jalani pembedahan plastik, Oki Setiana Dewi diminta nasihat adik

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen selongkar video lama, tuduh Ria Ricis biadab dengan bapa mentua

"Ada yang bertanya anak saya umur berapa dan kenapa tidak bercakap lagi," ujarnya.

Untuk rekod, Ria mendirikan rumah tangga dengan aktor Teuku Ryan pada 12 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana, 2 tahun.

Bagaimanapun pasangan itu sah bercerai talak satu pada 3 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain