suria

Peminat wanita dari Malaysia menjerit, teruja dapat jumpa Taha Shah... “Mereka menangis lihat saya”

Nama Taha mula menjadi sebutan ramai.

KEMUNCULAN dalam drama berjudul Heeramandi: The Diamond Bazaar telah melonjakkan nama pelakon Taha Shah sehingga kini dia menjadi kegilaan ramai terutama golongan wanita muda.

Berkongsi detik bertemu peminat, Taha atau Taha Shah Badussha, 37, tidak menyangka peminat dari luar India juga mula mengenalinya.

Dia yang berada di berada di Festival Filem Cannes terkejut apabila ada seorang peminat dari Malaysia tiba-tiba menjerit memanggil namanya.

taha shah 2

Pesona watak Tajdar memikat berjaya memikat penonton.

"Ada seorang berasal dari Malaysia yang baru saya kenali. Mereka benar-benar teruja. Sekumpulan gadis menjerit nama saya namun tidak berkata apa-apa. Mereka bagaikan menjadi gila dan menangis melihat saya," katanya.

Tambah Taha pengalaman sebegitu adalah sesuatu yang baharu baginya meskipun dia sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone tepis kamera peminat, marah video dirakam

ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya Alia Bhatt di Met Gala 2024, pereka fesyen ambil masa hampir 2000 jam untuk siapkan sari sepanjang 7 meter

Pelakon ini juga mesra melayan peminat yang memberi sokongan terhadap kerjaya terutama drama lakonannya itu.

"Mereka datang menghampiri saya, ambil gambar dan video bersama. Saya gembira dan benar-benar terkejut," ujar.

taha shah 3

Taha bangga dengan sambutan hangat peminat.

Dalam drama bersiri Heeramandi: The Diamond Bazaar, Taha membawa watak bernama Tajdar yang juga merupakan salah seorang watak utama karya pengarah Sanjay Leela Bhansali itu.

Drama tayangan paltform Netflix itu turut menampilkan lakonan hebat Manisha Koirala bersama pelakon muda lain seperti Sonakshi Sihna, Sharmin Segal dan Adityi Rao Hydari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain