suria

Pertama kali datang Malaysia, Imase tak sabar jumpa peminat... Mahu cuba pelbagai makanan sedap

Imase teruja untuk bertemu peminat di Kuala Lumpur.

PENYANYI Imase teruja untuk bertemu peminat di Malaysia menerusi konsert jelajah Asia pertama yang bakal berlangsung pada 20 Jun ini.

Menurut Imase, 24, ini merupakan pengalaman pertama dia berkunjung ke Malaysia sekali gus meluahkan rasa teruja untuk merasai kepelbagaian makanan enak yang ada di negara ini.

"Ini pertama kali saya datang ke Malaysia dan sudah tentu saya tidak sabar untuk bertemu peminat di sana.

Buat pertama kali Imase bakal menghiburkan peminat di Malaysia.

Buat pertama kali Imase bakal menghiburkan peminat di Malaysia.

"Saya dengar Malaysia mempunyai kepelbagaian pilihan makanan dan saya sangat teruja untuk mencubanya," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut mengenai persiapan konsert di Kuala Lumpur, Imase memberitahu dia ingin memberi kejutan buat peminat dengan seleksi lagu yang akan dipersembahkan termasuk daripada album baharu.

"Saya tidak mahu berkongsi berapa buah lagu yang akan dinyanyikan pada malam konsert nanti kerana ingin berikan kejutan buat peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 'From Saga With Love 2' teruja jumpa Gabenor Saga, Siti Khadijah harap drama dapat kukuhkan hubungan Jepun dan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert jelajah dibatalkan sebab tiket tak laku, Jennifer Lopez beri alasan mahu bercuti bersama keluarga

"Apa yang pasti saya akan menyanyikan lagu dari album baharu juga dan saya harap peminat akan terhibur dengan persembahan saya nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Imase memaklumkan album pertamanya berjudul Bonsai baru sahaja dilancarkan pada Mei lalu.

Kata Imase, album tersebut menerima reaksi positif peminat dan membuatkan dirinya semakin dikenali ramai.

Saya dengar Malaysia mempunyai kepelbagaian pilihan makanan dan saya sangat teruja untuk mencubanya.

IMASE

PENYANYI

"Saya baru sahaja melancarkan album pertama berjudul Bonsai yang mengandungi 19 buah lagu.

"Respon yang diberikan peminat sangat positif dan mereka mengatakan lagu-lagu ciptaan saya membawa nostalgia dan saya juga menerima ramai pendengar baharu.

"Saya rasa dengan kemunculan album ini membuatkan diri saya lebih dikenali ramai," katanya.

Album pertama Imase menerima respon positif peminat.

Album pertama Imase menerima respon positif peminat.

Untuk info, Imase merupakan artis yang berasal dari Jepun dan popularitinya kian melonjak menerusi video pendek lagu nyanyiannya berjudul Have a Nice Day yang mendapat lebih daripada 10 juta tontonan di TikTok dan 7.5 juta tontonan di saluran YouTube.

Peminat di Malaysia berpeluang untuk bertemu dengan penyanyi berkenaan dengan menonton konsert pertama yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket konsert boleh didapati secara dalam talian melalui laman web ticket2u dengan harga bermula RM378 sehingga RM588.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain