ANGGOTA kumpulan Aespa iaitu Karina rupa-rupanya pernah bercita-cita bergelar seorang pramugari sebelum melibatkan diri dalam bidang seni.Tidak hanya sekadar impian, Karina, 23, memberitahu dia juga sudah membuat persediaan dengan mempelajari bahasa Mandarin di sebuah akademi. Ini kerana dia mahu mempunyai kelebihan dalam berbahasa agar mudah berinteraksi dengan penumpang selain menggunakan bahasa Korea dan bahasa Inggeris.Karina mengambil kelas bahasa Mandarin demi mengejar impian bergelar pramugari."Ramai yang tak tahu sebenarnya sebelum saya menjadi pelatih di SM Entertainment, saya sedang sibuk membuat persediaan menjadi seorang pramugari."Saya serius mahu bekerja di awam biru sampai sanggup mendaftarkan diri ke sebuah akademi bagi mempelajari bahasa Mandarin," katanya.Karina berkongsi kisah peribadinya itu ketika muncul dalam temu bual yang dikendalikan pelakon Lee Hyeri di YouTube.Dalam pada itu, Karina bagaimanapun berkata, kini dia sudah kurang fasih berbahasa Mandarin kerana kurang menggunakannya dalam kehidupan seharian.ARTIKEL BERKAITAN: Baru sah bercinta, tiba-tiba muncul khabar angin Lee Jae Wook tinggalkan kekasih demi Karina AespaARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Lee Jae Wook ditentang, peminat hantar trak depan agensi paksa Karina Aespa mohon maafNamun penyanyi itu memberitahu dia masih boleh faham jika ada yang berbual menggunakan bahasa Mandarin dengannya."Dulu saya memang fasih bercakap dalam bahasa Mandarin tapi sekarang sudah lupa tetapi masih boleh faham apa yang orang cakap," ujarnya.Selain Karina, kumpulan Aespa terdiri daripada tiga lagi orang ahli iaitu Giselle, Winter dan Ningning.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!