suria

Tempoh berlagak sudah berakhir, Sule jual koleksi kereta mewah bukan sebab tanggung hutang

Sule sebelum ini gemar mengumpul kereta mewah.

PELAWAK asal Indonesia Sule didakwa mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menjual beberapa kereta mewah miliknya bagi membayar hutang.

Sule dikatakan terpaksa menjual kereta kesayangannya bagi melunaskan hutang selepas mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran untuk anak lelakinya iaitu Rizky Febian dan Mahalini.

Menganggap tuduhan itu sekadar khabar angin, Sule, 48, sebaliknya menjelaskan dia sudah lama menjual beberapa kereta mewah miliknya dan bukan selepas perkahwinan anaknya.

sule 12

Majlis perkahwinan mewah Rizky dan Mahalini menjadi sebutan ramai.

"Saya tak boleh nak kawal pandangan orang dan sebenarnya sudah lama saya jual semua kereta-kereta tersebut," katanya.

Tambah Sule, dia menjual semua kenderaan mewahnya kerana enggan lagi menanggung beban komitmen tinggi bagi membayar pinjaman serta insurans.

Malah koleksi kereta mewahnya itu jarang digunakan dan hanya sekadar menjadi perhiasan di bahagian garaj rumahnya.

"Dulu saya beli sebab keinginan dan mungkin juga ketika itu saya mampu kerana ada duit.

ARTIKEL BERKAITAN: Sule tolak tawaran jadi wakil rakyat, takut kena soal di akhirat

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Febian sah jadi suami Mahalini, beri jongkong emas sebagai mas kahwin

"Tapi sekarang sudah tidak ada gunanya kerana hanya untuk berlagak. Ambil gambar dan papar di media sosial... Bukannya saya pandu pun semua kereta itu.

"Sebab itu saya jual, ia tak mendatangkan faedah tapi beban," katanya.

Antara jenama kereta mewah dimiliki Sule termasuk Porsche, Mustang, McLaren, Toyota Alphard, Volkswagen Caravelle dan Jeep Wangler.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!