suria

Kes manipulasi harga saham bapa mentua dibicarakan semula, Lee Seung Gi pula disuruh bersara

Seung Gi terima tempias disebabkan perbuatan bapa mentua.

PELAKON dan penyanyi Lee Seung Gi diminta meninggalkan dunia seni susulan Mahkamah Agung Republik Korea menarik balik keputusan tidak bersalah terhadap bapa mentuanya yang sebelum ini dituduh atas kesalahan memanipulasi harga saham.

Susulan itu, syarikat pengurusannya Big Planet Made Entertainment memohon peminat dan masyarakat berhenti menyalahkan Seung Gi atau menyerang keluarga mentuanya di media sosial.

Pihak pengurusannya menjelaskan adalah tidak adik artis mereka diheret sama dalam kes mahkamah bapa mentuanya kerana tiada kena mengena dengannya.

seungihi

Kes melibatkan bapa mentua Seung Gi hangat diperkatakan.

Mereka juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak menyebarkan berita palsu mengenai Seung Gi atau bapa mentuanya iaitu Lee Hong Heon.

"Lee Seung Gi sedang melakukan yang terbaik untuk menjadi ketua rumah keluarga, bapa, suami dan menantu yang baik.

"Kejadian ini berlaku sebelum dia berkahwin dan ia adalah sesuatu yang perlu diselesaikan oleh ahli keluarga mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Seung Gi kini bergelar bapa, isteri selamat bersalin bayi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas terima RM18 juta, Lee Seung Gi dakwa syarikat pengurusan pecah amanah

Kenyataan tersebut bagaimanapun mengundang kemarahan netizen yang menganggap ia berat sebelah dan perlu menutup mulut hanya disebabkan tertuduh adalah keluarga selebriti.

Malah mereka juga berharap Seung Gi bersara kerana cara itu tiada siapa akan menganggunya lagi.

“Hanya kerana dia ada kaitan dengan Seung Gi maka kita tak boleh bercakap mengenainya? Kenyataan dikeluarkan cukup mengarut!

"Sila jalani kehidupan peribadi yang bahagia bersama keluarga dan jangan sekali-kali muncul dihadapan khalayak,” komen netizen.

794309720_copy-of-cms-lead-image

Isteri Seung Gi turut terima tempias sama.

Seung Gi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lee Da In yang juga merupakan anak kepada aktres era 90-an iaitu Kyeon Mi Ri pada April tahun lalu.

Pasangan ini menimang cahaya mata perempuan pada Februari lalu.

Untuk rekod, kes bapa mentua Seung Gi akan dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Korea Selatan atas dakwaan memanipulasi harga saham dengan tujuan mengaut keuntungan secara haram.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain