suria

Dua individu cium Jin BTS rupanya ‘influencer’ Jepun, Army buat laporan polis

Peminat dari Jepun bertindak luar kawalan mencium Jin BTS.

LAPORAN polis telah dibuat terhadap seorang individu susulan cuba mencium anggota kumpulan BTS iaitu Jin ketika sesi bertemu peminat pada 13 Jun lalu.

Soompi melaporkan Balai Polis Songpa di Seoul turut mengesahkan menerima aduan tersebut menerusi Sistem Petisyen Kebangsaan berhubung pelanggaran Akta Hukuman Keganasan Seksual.

Bagaimanapun aduan yang dibuat tidak dianggap laporan secara rasmi dan pihak polis belum bercadang menahan individu terbabit.

Jin dirai selepas tamat menjalani latihan ketenteraan.

Jin dirai selepas tamat menjalani latihan ketenteraan.

“Kami perlu menyemak terlebih dahulu aduan yang dibuat dan buat masa sekarang individu terbabit tidak akan dipanggil membantu siasatan,” kata wakil polis.

Pada 13 Jun lalu, Jin menganjurkan acara bertemu peminat yang diadakan di Gimnasium Tertutup Jamsil, Seoul dan mengotakan janji memberi pelukan percuma kepada 1,000 peminat bertuah.

Ian bersempena ulang tahun ke-11 penubuhan BTS dan penamatan latihan ketenteraannya pada 12 Jun 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluk 1,000 peminat bertuah, Jin BTS dipuji bagi pilihan untuk jaga batas

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS selesai latihan tentera, Army datang kem siap bawa belon dan kain rentang

Bagaimanapun, ketika sebahagian peminat menerima pelukan dan beransur pergi, terdapat beberapa individu berjaya dirakam cuba mencium pipi penyanyi berkenaan.

Ia sekali gus mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kemarahan peminat yang menyifatkan ia sebagai gangguan seksual.

Pada Jumaat lalu, peminat BTS yang menggelar diri mereka sebagai Army berjaya menjejak identiti dua peminat cuba mencium Jin iaitu pempengaruh media sosial berasal dari Jepun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain