suria

73,000 penonton menari sakan di konsert Taylor Swift cetuskan ‘gempa bumi kecil’, alat pengesan rekod gegaran

Ribuan penonton konsert tidak henti menari sepanjang konsert.

KONSERT jelajah penyanyi Taylor Swift di Edinburgh, United Kingdom pada Khamis lalu mencipta fenomena apabila 73,000 penonton yang hadir dilaporkan mencetuskan gangguan pada alat pemantau gempa bumi.

Menerusi tinjauan yang dibuat Jabatan Geologi Britain, terdapat pergerakan tanah dikesan sejauh 3.7 batu pada hari pertama konsert jelajah itu.

Ini susulan, kemeriahan penonton menari sepanjang persembahan Taylor menghasilkan pergerakan bumi paling tinggi pada hari berkenaan.

Copy of Untitled - 2024-06-14T143819.557

Ribuan peminat yang hadir menggegarkan Stadium Murrayfield, Edinburgh

Malah, tepukan gemuruh selama empat minit ketika persembahan lagu Champagne Problems turut menghasilkan pergerakan 23.4 nanometer pada alat pemantau.

Wakil Jabatan Geological Britain menyifatkan fenomena berkenaan sebagai menakjubkan memandangkan ia tidak pernah terjadi sebelum ini.

Pihak mereka turut memuji semangat luar biasa yang ditunjukkan peminat pelantun lagu Shake it Off itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat selamba Taylor Swift jilat dan buang hingus atas pentas buat peminat loya

ARTIKEL BERKAITAN: ‘So Long London’ buat peminat Taylor Swift marah, Joe Alwyn tutup komen IG

"Sungguh menakjubkan apabila kami dapat mengukur kesan fenomena ini menerusi data kami.

"Betullah, peminat di UK rata-rata sangat bersemangat,” katanya.

Untuk rekod, Taylor memulakan Konsert Jelajah Era bermula Mac 2023 di Arizona dan dijadualkan tamat pada Disember tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain