suria

Renjun NCT tertekan diganggu peminat fanatik, merayu berhenti mengekorinya

Renjun tekad untuk meleporkan peminat fanatik kepada pihak berkuasa.

ANGGOTA kumpulan NCT iaitu Renjun berasa rimas apabila sering menjadi mangsa gangguan peminat fanatik atau disebut sasaeng tanpa mempedulikan perasaannya.

Renjun, 24, berkata, dia sering diekori oleh peminat fanatik sehingga ada sanggup menaiki penerbangan sama dengannya.

Kata Renjun, perkara itu membuatkan dia sentiasa berada dalam keadaan cemas kerana sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan seseorang.

Tidak terhenti di situ, ada peminat menelefonnya dengan menyamar sebagai anggota kumpulan NCT demi bercakap dengannya.

Copy of Untitled - 2024-06-13T142126.857

Renjun berkongsi kekesalannya menerusi aplikasi Bubble.

"Sejujurnya saya sangat tertekan apabila mereka menggangu hidup saya.

"Mereka mengekori saya sampai dalam kapal terbang dan mengambil gambar saya ketika tidur.

"Tidak cukup dengan itu, mereka tidak berhenti menelefon saya menggunakan identiti ahli NCT yang lain.

"Selagi saya tak jawab, mereka akan terus ganggu dan saya sudah tidak tahan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota NCT dituduh tiduri 3 pelayan bar di Jepun, foto depan hotel buat peminat berang

ARTIKEL BERKAITAN: Guna ID selebriti buat panggilan palsu, DK Seventeen jadi mangsa peminat fanatik

Renjun meluahkan kekesalan itu menerusi mesej panjang lebar di aplikasi Bubble pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Renjun memberitahu dia tidak teragak-agak mengheret peminat berkenaan ke muka pengadilan jika mereka terus menganggunya selepas ini.

"Saya tidak akan berdiam diri dan akan laporkan awak semua kepada pihak polis. Saya akan buru sampai dapat! Tolonglah berhenti ganggu hidup saya," ujarnya.

Untuk rekod, Renjun memulakan karier nyanyian menerusi kumpulan generasi ketiga NCT iaitu NCT Dream pada 2016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain