suria

Tahi lalat disangka pemanis wajah, Kevin Jonas disahkan hidap kanser kulit

Kevin baharu sahaja selesai menjalani pembedahan membuang sel kanser pada bahagian wajah.

ANGGOTA kumpulan Jonas Brothers iaitu Kevin Jonas selamat menjalani pembedahan bagi membuang tahi lalat di bahagian dahinya Selasa lalu.

Kevin memberitahu dia menjalani pembedahan tersebut selepas dia disahkan menghidap kanser kulit.

"Saya telah menjalani pembedahan bagi membuang sel basal karsinoma pada bahagian dahi.

Kevin

Kevin berpesan kepada peminat agar sentiasa melakukan pemeriksaan.

"Ia adalah kanser kulit kulit yang jika dibiarkan boleh merebak dan terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang sel tersebut," katanya.

Kevin berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Olivia Munn buang sistem peranakan, anggap keputusan terbaik selepas hidap kanser payudara

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pernah ikut fahaman agnostik, sakit kanser bawa Vidi Aldiano ke pangkal jalan

Penyanyi itu turut menunjukkan kesan pembedahan yang dilakukan dan meminta peminat tidak bimbang akan dirinya.

Kevin juga turut meninggalkan pesan kepada pengikutnya agar sentiasa melakukan pemeriksaan jika terdapat tahi lalat pada bahagian tubuh.

"Saya sudah selesai menjalani pembedahan dan kini dalam tempoh penyembuhan.

"Pastikan anda sentiasa peka dengan tahi lalat yang mungkin menyebabkan punca berlakunya kanser," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain