suria

Hubungan dah dapat restu orang tua, Luna Maya dan Maxime sudah bersedia melangkah fasa perkahwinan

Luna dan Maxime akhirnya dapat restu ibu bapa.

SELEPAS setahun berkenalan, pelakon Luna Maya akhirnya berkongsi khabar gembira apabila hubungannya bersama Maxime Bouttier direstui ibu bapa mereka.

Luna Maya atau Luna Maya Sugeng, 41, berkata ibu bapanya memberikan respon positif apabila menyatakan kesediaan untuk meneruskan ke fasa berikutnya.

553 (1)

Luna Maya dedah ibu bapa benarkan mereka berkahwin

"Kedua-dua ibu bapa kami orang Eropah jadi senang bila ditanya mengenai hubungan terus positif sebab tak perlu fikir mengenai latar belakang keluarga sebab masing-masing ada darah yang sama," kata Luna Maya pada Denny.

Pelakon filem Suzanna itu berkongsi berita tersebut menerusi satu sesi temubual bersama Denny Sumargo di saluran Youtube.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Luna Maya bakal bertunang, gelar Maxime Bouttier lelaki idaman setiap wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya, Maxime seronok tayang bahagia... Pendakwah terkenal puji hubungan ikhlas, nasihat segera nikah

Sementara itu, ditanya mengenai tarikh perkahwinan, Luna memilih untuk mengunci mulut dan berserah kepada ketentuan tuhan.

"Perlukan persiapan lebih rapi untuk melangsungkan pernikahan dan setiap orang tu mempunyai pendapat berbeza dan tak boleh disamakan," ujarnya.

Khabar angin percintaan Luna dan Maxime mula dihidu peminat selepas dia bersama meraikan ulang tahun kelahiran Maxime pada April 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain