suria

Bukan sebab cemburu, peguam cabar suami Bunga Citra Lestari audit semula akaun syarikat

Bekas isteri Tiko menyangkal dakwaan dia membangkitkan isu pecah amanah disebabkan cemburu.

ISU cemburu bukan punca Arina Winarto membangkitkan isu pecah amanah wang RM1.7 terhadap bekas suaminya iaitu Tiko Aryawardhana.

Peguam mewakili bekas isteri Tiko iaitu Leo Siregar menegaskan tiada sebarang unsur dengki atau cemburu sebaliknya perbuatan pecah amanah adalah tuduhan serius.

Sebaliknya, Leo mencabar suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari itu melakukan audit akaun syarikat bagi membuktikan dia tidak bersalah.

"Saya pernah tegaskan yang tiada langsung kaitan dengan motif cemburu atau dengki.

Copy of Copy of Untitled (5)

Tiko diminta untuk berheti membuat kenytaan yang mengelirukan.

"6.9 bilion Rupiah bukan jumlah yang kecil, jadi sila buat audit semula. Kita sama-sama lihat keputusannya nanti," katanya.

Dalam pada itu, Leo meminta agar Tiko bersikap profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan bagi menutup kesalahan dilakukan.

"Daripada mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, adalah lebih baik semua pihak beri kerjasama agar proses undang-undang segera diselesaikan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu motif tuduh suami Bunga Citra Lestari pecah amanah RM1.7 juta, Tiko bakal ambil tindakan terhadap bekas isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Bunga Citra Lestari dituduh gelap wang syarikat RM1.7 juta

Sebelum ini Tiko didakwa menggelapkan wang syarikat yang diusahakan bersama Arina tanpa pengetahuannya.

Tiko didakwa melakukan perkara itu di antara tahun 2015 sehingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengarah syarikat PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS).

Arina sebagai pemilik syarikat mula berasa curiga dengan transaksi kewangan syarikat apabila laporan keuntungan dan kerugian menunjukkan berlaku ketirisan.

Copy of Copy of Untitled (4)

Tiko dan Arina mendirikan rumah tangga pada 2014 sebelum berpisah pada 2021.

Tiko juga gagal memberikan penjelasan hasil audit sebelum Arina membuat laporan polis mendakwa bekas suaminya itu melakukan pecah amanah.

Untuk rekod, Tiko dan Arina bernikah pada 26 Jun 2014 namun berpisah pada 28 Oktober 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan termasuk sepasang kembar.

Tiko kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Bunga pada 2 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain