suria

Jin BTS selesai latihan tentera, Army datang kem siap bawa belon dan kain rentang

Walaupun tanpa kehadiran Army, Jin tetap menyapa peminatnya.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu Jin akhirnya berjaya menamatkan latihan kenteraan yang dijalani selama dua tahun pada pagi Rabu.

Menerusi foto tular di media sosial, Jin, 33, dilihat keluar daripada pintu kem dengan senyuman lebar, malah diraikan oleh pelatih askar yang berada disitu.

Lebih manis, kehadiran semua anggota kumpulan BTS menyambut kepulangan vokalis kumpulan itu cukup menyentuh hati.

Copy of Untitled (90)

Jin gembira disambut baik anggota kumpulannya.

Jin dilihat saling berpelukan dengan semua anggota kumpulannya yang masih meneruskan latihan termasuklah J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook.

Bukan itu sahaja, peminat BTS atau ARMY turut menghiasi kawasan kem dengan hiasan belon dan kain rentang yang tertulis mesej untuk penyanyi itu.

"Selamat kembali Pegawai Jin! Semoga awak terus bersinar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS ‘bebas’ esok, Army diminta jangan serbu kem tentera

ARTIKEL BERKAITAN: Tamat latihan ketenteraan 12 Jun, Jin BTS beri pelukan percuma buat 1,000 peminat bertuah

Sebelum ini, pihak pengurusan BigHit Entertaiment melarang kehadiaran peminat ke kem atas faktor keselamatan.

Selepas Jin, J-Hope pula dijadualkan bakal menamatkan latihan ketenteraan pada Oktober ini kemudian diikuti oleh ahli yang lain.

Kesemua anggota BTS dijangkakan kembali semula dalam industri mejelang 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain