suria

Tayang aksi mesra ketika tengok konsert, Kim Soo Hyun dan Lim Na Young hanya kawan

Penonton yang hadir sempat merakam aksi mesra Soo Hyun dan Na Young.

KEMUNCULAN pasangan pelakon Kim Soo Hyun dan Lim Na Young menghadiri festival muzik di Seoul pada 7 Jun lalu mencuri perhatian peminat.

Menerusi video yang tular di TikTok, Soo Hyun, 36, dilihat berdiri bersebelahan Na Young di bahagian tempat duduk penonton.

Bukan itu sahaja, mereka turut dilihat saling berbisik-bisik sepanjang konsert berlangsung.

Netizen mendakwa pasangan ini sedang hangat bercinta.

Aksi mesra berkenaan menimbulkan persoalan netizen sehingga ada pihak mendakwa mereka sedang manjalin hubungan cinta.

"Mereka tengah bercinta ke? Nampak dari cara mereka macam sudah selesa," komen netizen.

Bagaimanapun ada berpendapat kehadiran Soo Hyun ke festival itu atas jemputan memandangkan bukan dia sahaja selebriti yang hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: Tajam mata netizen... Lee Jong Suk hadir konsert IU, duduk sekali dengan penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap luang masa bersama di rumah... Jisoo Blackpink, Ahn Bo Hyun sah bercinta

"Penaja festival tersebut ialah penaja drama Soo Hyun dan bukan dia saja yang hadir tetapi Park Seo Jun pun datang juga," komen netizen.

Bagaimanapun kedua-dua pelakon itu menyangkal dakwaan mereka sedang bercinta sebaliknya hadir ke konsert tersebut sebagai rakan.

Na Young pula memulakan karier sebagai penyanyi menerusi program produce 101 pada 2016 sebelu bergiat aktif sebagai pelakon.

Manakala Soo Hyun kini sedang popular menerusi drama Queen of Tears.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain