suria

Rupanya bekas pengawal keselamatan ugut mahu sebar video Ria Ricis, sakit hati kena pecat

Suspek (kiri) merupakan bekas pengawal keselamatan kediaman Ria (kanan).

INDIVIDU yang memeras ugut menyebarkan foto dan video peribadi Ria Ricis rupa-rupanya merupakan bekas pengawal keselamatan yang pernah berkerja di kediaman pelakon tersebut.

Memetik laporan Detik, Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya iaitu Kombes Ade Ary Syam Indradi berkata, suspek melakukan pemerasan itu adalah disebabkan oleh sakit hati kerana telah dipecat.

Ria buat laporan polis selepas diugut individu misteri mahu sebarkan foto dan video peribadi.

Ria buat laporan polis selepas diugut mahu sebarkan foto dan video peribadi.

"Suspek ada rasa sakit hati kerana diberhentikan daripada pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan," katanya.

Dalam pada itu, Ade turut memberitahu suspek juga terdesak melakukan pemerasan itu disebabkan faktor ekonomi kerana dirinya kini sudah tidak lagi bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar RM87,000 atau video tersebar, polis sudah kesan dalang ugut Ria Ricis

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis dedah anak alami masalah speech delay, sedih dibanding-bandingkan di sekolah

"Motif utama si pelaku juga mungkin disebabkan oleh faktor ekonomi dan disebabkan itu suspek memeras ugut sebanyak 300 juta Rupiah atau RM87,000," ujarnya.

Sebelum ini, Ria membuat laporan polis selepas menjadi mangsa peras ugut daripada individu tidak dikenali yang mahu menyebarkan foto dan video peribadinya.

Kata Ria, individu tersebut meminta dia memindahkan wang sebanyak 300 juta Rupiah atau RM87,000 jika tidak mahu foto dan video tersebut tersebar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain