suria

Perkahwinan dengan JLo dihujung tanduk, ramai bimbang Ben Affleck buat perangai ‘lama’

Kenalan rapat Ben risau terhadap keaadan terkininya.

KELUARGA dan rakan terdekat Ben Affleck meluahkan rasa bimbang jika aktor terkenal itu kembali terjerebak dengan masalah ketagihan alkohol.

Ia susulan Ben, 52, sedang terkesan dengan masalah rumah tangga yang dihadapi bersama penyanyi Jennifer Lopez ketika ini.

Sumber terdekat pelakon itu juga memberitahu keadaan terkini Ben juga dikatakan dalam keadaan membimbangkan dan sudah kembali menyentuh minuman keras.

jen2 - 1

Ben terlalu sedih dengan krisis yang dihadapi bersama Jennifer.

"Saya dengar dia kembali mengambil minuman beralkohol dan ramai bimbang jika dia kembali kepada tabiat lamanya.

"Apabila saya pandang matanya, ada sesuatu dipendamkan. Wajahnya nampak sedih dan murung. Ramai orang risau dan mengambil berat tentang dia," kata sumber kepada Daily Mail.

Ben sebelum ini mendedahkan dia mengalami masalah ketagihan alkohol sejak 10 tahun lalu sehingga menjadi antara punca penceraiannya dengan pelakon Jennifer Garner.

Selepas bercerai, Jennifer tetap setia di sisi Ben malah dia sendiri menghantar pelakon itu masuk pusat pemulihan pada 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez bakal bercerai lagi, Ben Affleck sudah ‘angkat kaki’

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang bekas suami kembali ketagih alkohol, Jennifer Garner jadi orang tengah selamatkan perkahwinan Ben Affleck dan JLo

Ben dan Jennifer berkahwin pada 2005 namun bercerai pada 2018.

Sebelum itu, Ben pernah bercinta dengan Jennifer atau JLo pada awal tahun 2000 namun ikatan itu berakhir perpisahan pada 2004.

Bagaimanapun, cinta mereka kembali bertaut pada 2021 sebelum memutuskan melangsungkan perkahwinan setahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain