suria

Peluk 1,000 peminat bertuah, Jin BTS dipuji bagi pilihan untuk jaga batas

Jin BTS baru sahaja menamatkan latihan ketenteraanya pada pagi rabu lalu.

SELEPAS 18 bulan menjalani latihan ketenteraan, penyanyi popular Jin BTS menunaikan janjinya memberikan pelukkan kepada 1,000 orang peminat bertuah.

Jin bagaimanapun menarik perhatian ramai apabila dia memberi pilihan kepada peminat sama ada mahu memeluk atau sekadar bersalam demi menghormati mereka.

Jin BTS baru sahaja menamatkan latihan ketenteraanya pada pagi rabu lalu.

Jin BTS beri pilihan pada peminat demi jaga kehormatan.

Tindakannya itu dipuji ramai kerana memberi ruang kepada peminat beragama Islam untuk sama-sama meraikan dirinya.

Acara 'Hugathon' itu diadakan di Kompleks Sukan Jamsil sempena ulang tahun BTS yang ke-11.

ARTIKEL BERKAITAN : Army tak sabar menanti kepulangan Jin BTS, tamat latihan tentera lagi 100 hari

ARTIKEL BERKAITAN:Jin BTS ‘bebas’ esok, Army diminta jangan serbu kem tentera

1,000 peminat yang dipeluk erat oleh Jin BTS dipilih melalui undian di sebuah halaman media sosial BTS, Weverse.

Jin bagaimanapun menjelaskan ahli lain tidak akan membuat perkara yang sama (peluk) dan berharap agar tiada peminat yang mempersoalkannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain