suria

Tom Cruise tak hadir majlis graduasi anak, berseronok di konsert Taylor Swift

Tom Cruise kelihatan sedang bertukar gelang bersama peminat di konsert Taylor Swift.

PELAKON Tom Cruise menjadi sasaran kecaman netizen apabila tidak menghadiri majlis graduasi anak perempuannya iaitu Suri Cruise di LaGuardia High School di New York.

Apa membuatkan ramai berang, Tom, 61, dilihat sempat menghadiri konsert penyanyi Taylor Swift pada hari berikutnya yang diadakan di London.

Pelakon filem Mission Impossible itu sempat bertukar-tukar gelang dan beramah mesra dengan kekasih Taylor iaitu Travis Kelce di belakang pentas.

Untitled design

Tom Cruise hadiri konsert Taylor Swift di London.

Ini bukan kali pertama Tom gagal menghadirkan diri ke upacara penting membabitkan anak perempuannya itu.

Malah Tom lebih rela meraikan hari jadi penyanyi Victoria Beckham di London berbanding sambutan ulang tahun ke-18 Suri baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN :Hubungan Tom Cruise dan model Rusia berakhir dengan perpisahan

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10 tahun diabaikan, anak Tom Cruise tukar nama keluarga

Sebelum ini, Suri dilaporkan menukar namanya kepada Suri Noelle kerana tidak lagi mahu mempunyai sebarang kaitan dengan Tom.

Untuk rekod, Suri merupakan anak hasil perkahwinan ketiga Tom bersama Katie Holmes pada 2006.

Namun begitu pasangan itu bercerai selepas enam tahun bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain