SUSULAN dicekup akibat penyalahgunaan dadah, penyanyi Virgoun memberi alasan mengambil bahan terlarang itu kerana ingin menguruskan badan. Polis Metro Jakarta Barat, M Syahduddi berkata, ini bukan kesalahan pertama Virgoun membabitkan dadah sebaliknya penyanyi itu pernah terjebak dengan perkara sama sekitar 12 tahun lalu. "Virgoun menggunakan dadah sebab ingin menurunkan berat badan. Virgoun hadir ke sidang media Polis Metro Jakarta Barat. "Dia pernah mengambil dadah 12 tahun lalu dan kemudiannya berhenti. Sekarang dia buat lagi," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada Selasa. Dalam pada itu, polis turut mendedahkan Virgoun mendapat bekalan dadah daripada salah seorang kenalan yang juga pemuzik. Kata Syahduddi, lelaki yang dikenali sebagai 'BH' itu sudah pun ditahan polis berhubung kaitannya dengan kes dadah Virgoun. ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan hidup punca Virgoun ambil dadah, hubungan dengan ibu pula dingin ARTIKEL BERKAITAN: Polis rampas syabu dan alat hisap dadah, Virgoun ditangkap bersama wanita di rumah sewa Pada 20 Jun lalu, Virgoun dan seorang wanita ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah di Ampera, Jakarta Selatan. Penyanyi itu ditahan selepas didapati mengambil barang terlarang dan polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.2 gram selain alatan menghisap ketika serbuan. Virgoun dan wanita yang bersamanya turut positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan. Virgoun ditangkap dalam satu serbuah pada 20 Jun lalu. Sabit kesalahan, Virgoun boleh dikenakan hukuman penjara empat tahun mengikut undang-undang berkaitan dadah di Indonesia. Untuk rekod, Virgoun pernah mendirikan rumah tangga bersama Inara Rusli selama 10 tahun sebelum bercerai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun. Sejak itu kehidupan penyanyi berkenaan sering dilanda masalah berpunca daripada tekanan akibat penceraian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!