suria

Air mata Randy Pangalila gugur di atas gelanggang, umum bersara dari sukan tinju

Randy sudah berjanji kepada keluarganya untuk bersara daripada sukan tinju.

PELAKON Randy Pangalila dilihat sebak sehingga melinangkan air mata ketika mengumumkan persaraan daripada sukan tinju, baru-baru ini.

Kata Randy, 34, dia terpaksa membuat keputusan tersebut kerana sudah berjanji kepada keluarganya.

"Saya benci untuk katakan, tapi saya sudah berjanji pada keluarga dan isteri yang perlawan tinju ini akan jadi perlawanan terakhir saya," katanya.

size NP 1 - 2024-06-24T141253.612

Randy gembira akhiri karier sebagai peninju dengan menang perlawanan terakhirnya.

Randy mengumumkan perkara itu sejurus tamat perlawanan di antaranya dengan Kkajhe di Byon Combat Showbiz 3, Jakarta Indonesia.

Dalam pada itu, Randy berharap orang ramai tidak melupakan dirinya sebagai seorang selebriti, malah mahu dikenali sebagai peninju di Indonesia.

"Sekarang orang ramai faham kenapa perlawanan ini menjadi satu perlawanan impian buat saya? Sebab saya nak ia berakhir seperti ini (kemenangan).

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk latihan kickboxing, Randy Pangalila jawab dakwaan sudah tinggalkan dunia seni

ARTIKEL BERKAITAN: Dikejar pengutip hutang, Randy Pangalila terpaksa jual rumah

"Saya berharap kamu semua tidak akan pernah lupakan saya, bukan sahaja Randy Pangalila sebagai seorang selebriti tapi saya sebagai juara tinju.

"Terima kasih buat peminat sukan bela diri di Indonesia, saya benci untuk katakan ini tetapi Randpunk (nama panggilan Randy) sign out!," jelasnya.

Untuk rekod, Randy mendirikan rumah tangga bersama aktres Chelsey Frank pada Januari 2019.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Blair Willow 3, dan Asher Griffin berusia 1 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain