suria

Rimas! Charli XCX terganggu peminat laung kata-kata kecaman kepada Taylor Swift

Charli XCX melancarkan album keenamnya, Brat.

PENYANYI Charli XCX kesal dengan sikap peminatnya yang bertindak membuat kecoh dengan menjerit kata-kata berbunyi Taylor Swift is Dead semasa mengadakan persembahan di Sao Paolo, Brazil Ahad lalu.

Charli XCX atau Charlotte Emma Aitchison, 31, meminta peminat yang hadir ke persembahannya tidak lagi melakukan perbuatan tersebut kerana ia memalukan.

Untitled design (5)

Kenyataan Charli XCX di media sosial miliknya.

"Boleh tak berhenti daripada melakukan perkara ini? Secara dalam talian atau pun di mana-mana persemahan saya.

"Ia bertentangan dengan apa yang saya mahukan dan ia menganggu saya apabila merasakan ada ruang untuk perkara tidak berfaedah ini," katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Peminat Charli dipercayai menyerang Taylor apabila penyanyi tersebut melancarkan album terbaharunya The Tortured Poets Department dengan beberapa lagu bonus pada minggu sama dengan album terbaharu Charli.

ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat selamba Taylor Swift jilat dan buang hingus atas pentas buat peminat loya

ARTIKEL BERKAITAN:Berita tentang album baharu ‘sampah’, Britney Spears tak akan kembali ke dunia muzik

Peminat mendakwa, Taylor berhati busuk dan seolah-olah mahu menghalang peluang Charli mencapai tempat teratas dalam carta album di United Kingdom (UK).

Untuk rekod Charli adalah tunang kepada pemain drum The 1975 iaitu George Daniel yang juga rakan satu kumpulan dengan bekas kekasih Taylor, Matty Healy.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain